Saturday, October 17, 2009

Masuk bongkah

TENSIONNN!!! semua gambar masa angkut bongkah ke rak habis kena reject..
tak tau apsal.. Punya la penat dari pukul 4 pagi sampai 3 ptg semua gambar angkat bongkah kena reject dengan handphone bodoh ni..
ni je la gambar yang dapat diselamatkan..

Friday, October 16, 2009

Beli bongkah

huuuhhhh... perjalanan ke Perak memang memenatkan.. x dapat nk bayangkan.. bertolak dari Temerloh pukul 8.30pg sampai ke ladang mushroom perak pukul 2ptg. Orang perak memang peramah ;). Sampai ke ladang terus pg melawat ladang mushroom dieorang. sambil tuh, pekerja dieorg sibuk masukan bongkah ke dalam lori..

rumah cendawan di perak.. memang simple but nice!!

Disini tempat mereka bancuh cendawan.. beliau cakap satu hari boleh bancuh 4k bongkah!!
fuh memang banyak la...

Tak sampai 3 jam, 6k bongkah dah masuk dalam lori..

Sebelum balik sempat bergambar dengan usahawan cendawan perak nih ( jason ).

Wednesday, October 14, 2009

Rumah cendawan fasa 4

hari ini baru masuk lampu n plug. tapi kena tunggu TNB masuk api plak. tak lama lagi rumah cendawan dah ada lampu so boleh la buat kerja waktu malam. Maybe lusa nk pergi Perak, ambil bongkah cendawan.. hahaha dah tak sabar nk taruk bongkah kt rak..



Monday, October 12, 2009

Rumah cendawan fasa 3

Dah lama tak update blog ni. Bulan puasa stop kejap projek siapkan rumah cendawan coz berniaga di pasar ramadan dengan ibu tersayang huhuhu.. kiteorg niaga lauk-pauk je tapi boleh tahan niaga masa bulan puasa ni.. murah skit rezeki, masuk je raya ke empat terus gi beli kayu nak buat rak.. huhuhu dah tak sabar nk masukan bongkah ni.. setelah buat kira-kira, rumah cendawan saya boleh muat dalam 21,000 bongkah. Alhamdulillah, rak dah siap tinggal nak cat je lagi.. mula-mula ingat nak beli bongkah dulu la.. dah stabil baru bancuh sendiri.. ini je gambar yang sempat ambil. Pada otai-otai kat luar boleh la tunjuk ajar pada orang baru macam saya ni. Kalau sesiapa yang dah sampai ke temerloh, boleh datang melawat ke rumah cendawan ni, kedatangan dialu-alukan. heheheh

Publish Post

Rumah cendawan fasa 2

Alhamdullillah.. Dah masuk 1 bulan setengah.. akhirnya siap juga rumah cendawan saya. tak la cantik sangat. buat simple je. keluasan 30'x40' ruang tuai, 30'x20' ruang kerja, 15'x10 bilik suntik 20'x15' tempat habuk kayu. keluasan semer skali 45'x60'. huhuh modal dah banyak habis. Harap-harap berjaya la.. insyaallah

Rumah cendawan fasa 1

Alhamdulillah..
Sudah 4 hari berkerja dah naik tiang dengan dinding. Badan dah start nk hitam. Saya upah Wak Ali and the gang. Memang cekap la dieorang ni kalau buat kerja. Keluasan rumah cendawan saya ni 30 x 60. ( ingat nk buat 30 x 100, tapi buget lari.) ruang kerja saya buat 20 x 30 je. Kalau rumah tuai luas 30 x 40, berapa banyak bongkah kita boleh isi? Dah siap nanti baru tau. Bilik suntik dengan Tempat habuk kayu tak siap lagi.. Tunggu tanah padat dulu. Sekarang tengah sibuk nk beli atap second dengan masjid dekat rumah saya. satu keping 5 ringgit. ok tak? dah tak sabar nk bancuh cendawan ni.

Monday, July 13, 2009

PENGENALAN




Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT.. kerana telah menjadikan impian selama ini menjadi kenyataan.. Diharap kepada pengusaha-pengusaha cendawan diluar sana dapat memberi tunjuk ajar kepada orang baru seperti saya. Kepada semua pengusaha cendawan diluar sana, dialu-alukan kedatangan ke bangsal cendawan saya. Terima kasih!!
Istighfar dan Taubat
Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan untukmu kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12)
Takwa
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS. Ath-Thalaq: 2-3)
Tawwakal
“Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya kalian diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapa, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibn Mubarak, Hakim, Musnad asy-Syihab. Sanadny disahihkan oleh Ahmad Syakir dan Al-Albani)